Untunglah...
jadi pensyarah yang pandai
pelajar yang lambat faham
diperkotak-katikkan
Untunglah...
jadi pensyarah banyak ilmu
pelajar tak faham
asyik didungu-dungu
Untunglah...
jadi pensyarah hati senang
pelajar gila ditimpa tsunami tugasan
walau tak faham satu hapa pelajaran
Untunglah...
jadi pensyarah boleh buat soalan exam yang
gila susah punya
pelajar tak dapat jawab
tak susah nak tanda
lagi senang hati mereka
Untunglah...
pensyarah lena di katil
pelajar bersengkang mata pada tengah malam buta
untunglah, pensyarah datang kelas penuh bersemangat
pelajar mata sembab siapkan tugasan
Rugilah...
pensyarah rasa bangga
akan ilmu yang penuh
di dada mereka
Rugilah...
pelajar yang tak faham apa2
sebab pensyarah cakap sorang2
di depan sana
Rugilah...
banyak mana pun ilmu yang ada
jika tidak dapat menurunkan kepada
pelajar2 wahai pensyarah2 sekalian
Rugilah...
jika hanya memegang title 'pensyarah'
tapi tiada keikhlasan melakukannya
hingga ilmu yang tiba hanya hinggap
sekejap saja
Rugilah...
jika mahu belajar, pegang title 'pelajar'
tapi hidup duk sibuk bercinta, gosip & sebagainya
takkan kemananya matlamat hidup untuk berjaya
jika usaha hanya singgah sebentar saja
---> blog ini tiada kaitan dengan mana2 isu semasa, kandungan blog hanya mengikut luahan yang terluah menerusi taipan jejari si penulis <---
